Tuesday 3 April 2012

SAMAK KERETA TERKENA ANJING

Assalamualaikum,

Saya paparkan kemusykilan agama ini untuk tatapan semua.

Soalan:
Saya bekerja dengan majikan Islam tetapi pejabatnya terletak berhampiran kedai pengusaha Cina yang memeliharan anjing. Setiap hari, kereta saya bersentuhan dengan anjing, malah anjing itu juga pernah tidur di bawah kereta saya. Apakah saya perlu samak kereta saya? Sekiranya perlu, bagaimana caranya?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus:
Dalam keadaan seperti yang saudara ceritakan, tidak wajib membasuh kereta saudara sama ada di bahagian atas ataupun bahagian bawah kereta kecuali saudara nampak najis anjing itu pada kereta saudara.




Sekiranya memang ada najis anjing terkena pada pintu kereta, buang najis itu terlebih dahulu. Kemudian basuh tempat yang kena najis itu dengan air tanah dan dibasuh pula selepas itu dengan 6 kali basuhan air bersih.



Terima Kasih! Sila Sertakan Komen Anda...

1 comment:

  1. Saya setuju dengan jawapan tersebut. Islam adalah agama yang mudah dan sentiasa menjaga maslahat ummatnya. Takkanlah setiap hari kena sertu kereta tu. Jadi, kalau jelas bernajis barulah kita basuh sebagaimana cara mencuci najis mughalazah.

    ReplyDelete