Sunday 29 April 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MAKRO (RPH)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MAKRO (RPH)

Matapelajaran                  : Bahasa Melayu
Tahun                             : 5 Amanah
Tarikh                             : 23 April 2012
Masa                               : 9.45 pagi hingga 10.15 pagi ( 30 minit )
Bilangan Murid                 : 25 0rang ( 12 lelaki dan 13 perempuan )
Tajuk                               : Perpustakaan Sekolah
Objektif                            : Pada akhir pelajaran murid dapat;
i)              Memberikan 5 maklumat tersirat berdasarkan kepada gambar yang ditunjukkan.
ii)            Membina 5 ayat majmuk yang gramatis berdasarkan maklumat yang diperoleh dari gambar.
Fokus Utama                     : HPU 8.0
HPK                                 : 8.1 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan.
Aras 2                               : i) Membina ayat tunggal dengan perluasan subjek dan predikat.
Fokus Sampingan               : HPU 5.0
HPK                                 : 5.1 Membaca kuat ayat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi
                                           yang  betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 3                               : i) Membaca ayat yang dibina dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Pengalaman Sedia Ada       : Murid mempunyai pengalaman bersama-sama rakan di sekolah.
Kemahiran Bahasa             : Bertutur, membaca dan menulis
Sistem Bahasa                   : i) Tatabahasa                                : Pembentukan kata
                                          ii)Sebutan dan intonasi                  : Sebutan yang betul


Pengisian Kurikulum          : i) Ilmu : Pendidikan Agama Islam
                                          ii)Nilai Murni : Kasih sayang, Kerjasama, Kesyukuran
                                          iii)Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran berfikir
                                          iv)Strategi : Kontekstual, Konstruktivisme

Bahan Bantu Mengajar  : Gambar tunggal dan lembaran kerja.

ISI PELAJARAN


AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN


a)      Guru menunjukkan gambar tunggal yang disediakan
b)      Guru bersoal jawab dengan murid
c)       Soalan;
-          Apakah yang kamu nampak pada gambar?
-          Di manakah situasi dalam gambar yang dipaparkan.
-           

Set Induksi ( 5 minit )
a)      Murid mengamati gambar yang dipaparkan.
b)      Murid menjawab soalan berdasarkan pertanyaan guru.

ABM :
Gambar tunggal

KBT :
-          Pembelajaran konstruktivisme
-          Kemahiran berfikir


a)      Murid diarah mengamati gambar.
b)      Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar yang dipaparkan.
c)       Soalan;
-          Berapa ramaikah yang terdapat dalam gambar tersebut?
-          Siapakah yang terdapat dalam gambar tersebut?
-          Apakah yang mereka
lakukan?


a)      Membina ayat tunggal dan majmuk














Langkah 1 ( 10 minit )
a)      Murid melihat dan cuba memahami maksud di sebalik gambar
b)      Murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru.
c)       Murid memberi pandangan masing-masing.
d)      Murid menyebut kata kerja yang boleh diperoleh dalam gambar.




Langkah 2 ( 10 minit )
a)      Setiap murid membina 3 ayat tunggal dan 3 ayat majmuk berdasarkan kepada cirri-ciri dalam gambar.
b)      Murid dipilih secara rawak untuk membacakan ayat-ayat yang dibina dan menulisnya di papan tulis.
c)       Guru membetulkan kesalahan ayat yang telah dibina.



ABM :
Gambar tunggal















KBT :
Kemahiran berfikir



a)      Merumuskan tajuk yang dipelajari.
b)      Memberi lembaran kerja


Penutup ( 5 minit )
a)      Guru merumuskan apa yang telah dipelajari.
b)      Murid perlu menyiapkan ayat-ayat seperti yang dikehendaki dalam lembaran kerja mengikut Format Penulisan Bahagian A.


ABM :
Lembaran kerja





Terima Kasih! Sila Sertakan Komen Anda...

Wednesday 4 April 2012

INGIN MENDAPAT HADIAH LUMAYAN

Soalan:
Sebuah syarikat telekomunikasi sedang mengadakan peraduan menang 100 buah kereta setiap hari untuk pelanggannya. Peraduan ini menggunakan SMS yang berharga RM 5 bagi setiap SMS. Sesiapa berjaya mengumpul mata tertinggi ataupun menjawab soalan dengan betul akan menanh hadiah kereta ini setiap hari. Apakah hukumnya peraduan ini?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus:
Apa yang jelas, peraduan ini ialah satu skim perniagaan yang mempunyai helah. Setiap perniagaan yang mempunyai helah yang menawarkan hadiah lumayan tidak diharuskan oleh syarak. Melalui helah hadiah besar, orang ramai akan terpedaya. Ada seorang yang untung kerana menang hadiah dan pada masa yang sama ramai yang rugi.
Peraduan ini juga ada unsur-unsur judi kerana hadiah kereta itu diambil daripada keuntungan bayaran RM 5. Malah syarikat yang menganjurkan mendapat untung berlipat kali ganda.


Sebaiknya jauhi peraduan-peraduan seperti ini dan peraduan yang meragukan keharusannya di sisi syarak.


Terima Kasih! Sila Sertakan Komen Anda...

Tuesday 3 April 2012

SAMAK KERETA TERKENA ANJING

Assalamualaikum,

Saya paparkan kemusykilan agama ini untuk tatapan semua.

Soalan:
Saya bekerja dengan majikan Islam tetapi pejabatnya terletak berhampiran kedai pengusaha Cina yang memeliharan anjing. Setiap hari, kereta saya bersentuhan dengan anjing, malah anjing itu juga pernah tidur di bawah kereta saya. Apakah saya perlu samak kereta saya? Sekiranya perlu, bagaimana caranya?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus:
Dalam keadaan seperti yang saudara ceritakan, tidak wajib membasuh kereta saudara sama ada di bahagian atas ataupun bahagian bawah kereta kecuali saudara nampak najis anjing itu pada kereta saudara.




Sekiranya memang ada najis anjing terkena pada pintu kereta, buang najis itu terlebih dahulu. Kemudian basuh tempat yang kena najis itu dengan air tanah dan dibasuh pula selepas itu dengan 6 kali basuhan air bersih.



Terima Kasih! Sila Sertakan Komen Anda...