RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MAKRO (RPH)
Matapelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 5 Amanah
Tarikh : 23 April 2012
Masa : 9.45 pagi hingga 10.15 pagi ( 30 minit )
Bilangan Murid : 25 0rang ( 12 lelaki dan 13 perempuan )
Tajuk : Perpustakaan Sekolah
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat;
i) Memberikan 5 maklumat tersirat berdasarkan kepada gambar yang ditunjukkan.
ii) Membina 5 ayat majmuk yang gramatis berdasarkan maklumat yang diperoleh dari gambar.
Fokus Utama : HPU 8.0
HPK : 8.1 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan.
Aras 2 : i) Membina ayat tunggal dengan perluasan subjek dan predikat.
Fokus Sampingan : HPU 5.0
HPK : 5.1 Membaca kuat ayat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 3 : i) Membaca ayat yang dibina dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Pengalaman Sedia Ada : Murid mempunyai pengalaman bersama-sama rakan di sekolah.
Kemahiran Bahasa : Bertutur, membaca dan menulis
Sistem Bahasa : i) Tatabahasa : Pembentukan kata
ii)Sebutan dan intonasi : Sebutan yang betul
Pengisian Kurikulum : i) Ilmu : Pendidikan Agama Islam
ii)Nilai Murni : Kasih sayang, Kerjasama, Kesyukuran
iii)Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran berfikir
iv)Strategi : Kontekstual, Konstruktivisme
Bahan Bantu Mengajar : Gambar tunggal dan lembaran kerja.
ISI PELAJARAN | AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN | CATATAN |
a) Guru menunjukkan gambar tunggal yang disediakan b) Guru bersoal jawab dengan murid c) Soalan; - Apakah yang kamu nampak pada gambar? - Di manakah situasi dalam gambar yang dipaparkan. - | Set Induksi ( 5 minit ) a) Murid mengamati gambar yang dipaparkan. b) Murid menjawab soalan berdasarkan pertanyaan guru. | ABM : Gambar tunggal KBT : - Pembelajaran konstruktivisme - Kemahiran berfikir |
a) Murid diarah mengamati gambar. b) Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar yang dipaparkan. c) Soalan; - Berapa ramaikah yang terdapat dalam gambar tersebut? - Siapakah yang terdapat dalam gambar tersebut? - Apakah yang mereka lakukan? a) Membina ayat tunggal dan majmuk | Langkah 1 ( 10 minit ) a) Murid melihat dan cuba memahami maksud di sebalik gambar b) Murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru. c) Murid memberi pandangan masing-masing. d) Murid menyebut kata kerja yang boleh diperoleh dalam gambar. Langkah 2 ( 10 minit ) a) Setiap murid membina 3 ayat tunggal dan 3 ayat majmuk berdasarkan kepada cirri-ciri dalam gambar. b) Murid dipilih secara rawak untuk membacakan ayat-ayat yang dibina dan menulisnya di papan tulis. c) Guru membetulkan kesalahan ayat yang telah dibina. | ABM : Gambar tunggal KBT : Kemahiran berfikir |
a) Merumuskan tajuk yang dipelajari. b) Memberi lembaran kerja | Penutup ( 5 minit ) a) Guru merumuskan apa yang telah dipelajari. b) Murid perlu menyiapkan ayat-ayat seperti yang dikehendaki dalam lembaran kerja mengikut Format Penulisan Bahagian A. | ABM : Lembaran kerja |