Wednesday 4 April 2012

INGIN MENDAPAT HADIAH LUMAYAN

Soalan:
Sebuah syarikat telekomunikasi sedang mengadakan peraduan menang 100 buah kereta setiap hari untuk pelanggannya. Peraduan ini menggunakan SMS yang berharga RM 5 bagi setiap SMS. Sesiapa berjaya mengumpul mata tertinggi ataupun menjawab soalan dengan betul akan menanh hadiah kereta ini setiap hari. Apakah hukumnya peraduan ini?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus:
Apa yang jelas, peraduan ini ialah satu skim perniagaan yang mempunyai helah. Setiap perniagaan yang mempunyai helah yang menawarkan hadiah lumayan tidak diharuskan oleh syarak. Melalui helah hadiah besar, orang ramai akan terpedaya. Ada seorang yang untung kerana menang hadiah dan pada masa yang sama ramai yang rugi.
Peraduan ini juga ada unsur-unsur judi kerana hadiah kereta itu diambil daripada keuntungan bayaran RM 5. Malah syarikat yang menganjurkan mendapat untung berlipat kali ganda.


Sebaiknya jauhi peraduan-peraduan seperti ini dan peraduan yang meragukan keharusannya di sisi syarak.


Terima Kasih! Sila Sertakan Komen Anda...

No comments:

Post a Comment